Masa hadapan atau
masa depan merupakan perkara yang akan berlaku pada
masa selepas
masa sekarang. Ketibaannya dianggap tidak boleh dielak oleh sebab kewujudan
masa dan
hukum fizik. Oleh sebab sifat ketara
realiti dan ketidakbolehelakan masa hadapan, semuanya yang pada masa ini wujud dan yang akan wujud boleh dikategorikan sama ada sebagai kekal, iaitu ia akan wujud selama seluruh masa hadapan, atau sementara, iaitu ia tidak akan dan lalu akan menemui penamat. Masa hadapan dan konsep
keabadian telah menjadi subjek utama bagi
falsafah,
agama, dan
sains, dan mentakrifkannya tanpa kontroversi telah secara tekal mengelakkan minda-minda terhebat.
[1] Dari sudut pandangan
Barat, yang menggunakan pengkonsepan linear bagi masa, masa hadapan ialah bahagian garis masa yang terunjur yang diduga akan berlaku.
[2] Dalam
kerelatifan khas, masa hadapan dianggap sebagai
masa hadapan mutlak, atau
kon cahaya masa hadapan.
[3]Dalam
falsafah masa,
presentisme ialah
kepercayaan bahawa hanya masa kini
wujud dan masa hadapan dan masa silam adalah
tidak benar. Agama mempertimbangkan masa hadapan apabila ia menyatakan isu seperti
karma,
kehidupan selepas mati, dan
eskatologi yang mengkaji perkara akan yang menjadi penghujung masa dan perkara yang akan menjadi penghujung dunia. Tokoh agama seperti
nabi dan
penilik telah mendakwa bahawa mereka melihat masa hadapan. Usaha teratur untuk
meramal atau
menelah masa hadapan mungkin telah diterbitkan daripada pencerapan oleh manusia awal terhadap objek-objek samawi.Kajian-kajian masa hadapan, atau
futurologi, ialah sains, seni dan amalan pempostulatan masa hadapan yang mungkin. Pengamal moden menekankan kepentingan masa hadapan alternatif dan majmuk, dan bukan sebaliknya satu masa hadapan monolitik, dan pengehadan peramalan dan kebarangkalian, melawan penciptaan masa hadapan yang mungkin dan dikehendaki.Masa hadapan telah dijelajahi melalui beberapa gerakan
seni dan genre budaya.
Gerakan seni
futurisme pada permulaan abad ke-20 menjelajahi setiap medium seni, termasuk
seni lukis,
seni pahat,
puisi,
teater,
muzik,
seni bina dan juga
gastronomi. Ahli futurisme mempunyai kebencian begitu mendalam terhadap idea dari masa silam, terutamanya tradisi politik dan seni. Sebaliknya, mereka memegang cinta terhadap
kelajuan,
teknologi, dan
keganasan.
[4][5] Muzik futuristik melibatkan penghormatan kepada, penyertaan kepada, atau pemimikan terhadap mesin. Futurisme berkembang untuk menyertakan domain seni lain dan akhirnya menyertakan reka bentuk, tekstil, dan seni bina.